Wednesday, 25 January 2012

Fantasia - Fantasia '88 - (1988) dipetik dari blog melayurock.com





Fantasia - Fantasia '88 - (1988)

Master LP Info:

Semarak Dalam Hari
Kenyataan Sebuah cinta
Tenggelam
Mahligai Kencena
Si Tenggang

Puteri Rock
Konflik Dalam cinta
Mambang Malam Minggu
Cerita Sebuah Cerita
Bulan kertas

P & C 1988 TRC target (M) sdn bhd

penerbit eks: henry wong
penerbit: js kevin , yusno
susunan muzik: fantasia
jururakam: gerald, teh dan detroit
jurutaip list: ain
studio: channel II
jurugambar: kenny loh
pakaian: natural power

lagu2 dan lirik oleh:
zaini, js kevin, nasha, yem putra, laty, yusno

lagu yang hit:
kenyataan sebuah cinta
mahligai kencana

Download Full Album :  Klik Fantasia 88

Wednesday, 11 January 2012

Gambar gua ngan ramli sarip dalam paper

Uniknya konsert rakyat Hattan


KESUNGGUHAN Hattan seagai pengelola Konsert Rakyat seharusnya dipuji.


UDARA malam itu dingin. Bertemankan bayu desa yang masih berbaki bunga hujan, kelam malam di Kampung Dadong, Air Putih, Kemaman tiba-tiba bertukar wajah.
Tepian sawah kampung yang sebelum ini barangkali ada sekelompok anak muda atau penduduk desa yang bertenggek melepaskan lelah di saing hari, juga sudah bertukar menjadi tapak karnival. Menjelang Jumaat, 1 Ogos lalu, jalan di sekitar kampung sesak dibanjiri orang. Bukan sahaja dari Kampung Dadong bahkan didatangi beribu-ribu penduduk dari kampung-kampung bersebelahan.
Masing-masing datang membawa tikar. Ada tikar mengkuang ada juga tikar plastik sebagai alas duduk agar tidak miang sekadar berlapikkan jerami padi yang masih lembap.
Ucapan terima kasih harus diberikan kepada penduduk Kemaman kerana meraikan kedatangan rombongan penyanyi dari ibu kota dengan hati terbuka.
Selaku teraju yang mengepalai malam pesta itu, Hattan mampu tersenyum lebar, bak sawah yang terbentang jua dada lega melihat kehadiran penduduk segenap peringkat umur berhimpun untuk menyaksikan Konsert Rakyat pada malam berkenaan.


KEMUNCAK konsert. Semua artis terbabit berkongsi pentas menghiburkan hampir 10,000 penduduk yang hadir.



Konsert itu diadakan sempena Karnival Emping 2011 yang julung-julung kalinya diadakan bagi mempromosi aktiviti rakyat termasuk pesta mengemping yang semakin pupus kini.
Membawa segerombolan nama popular termasuklah Ramli Sarip, Zarina AF, Lena AF9, Rudy manakala Yus Maharaja dan Achong yang bertindak sebagai pengacara.
Lebih bermakna kepada hampir 10,000 penonton apabila para artis turut 'berselut' untuk menjayakan konsert dalam bendang yang tidak pernah dibikin sebelum ini.
"Tujuan saya memilih sawah sebagai tapak konsert adalah untuk mengingatkan artis, bahawa tanah sawah inilah yang menjadi punca rezeki penduduk Kampung Dadong malah ada antara kami (artis) juga berasal dari kampung," laung Hattan dari pentas yang dibina atas petak sawah yang baru ditunai padinya.
Membuka tirai konsert, Lena muncul dengan beberapa buah lagu tapi memandang auranya belum meresap di mata penduduk kampung, sepanjang Lena di pentas, penduduk seperti tertunggu-tunggu sesuatu yang lebih gempak.


RAMLI SARIP tetap memukau semua penonton dengan seleksi lantunannya termasuklah lagu berhantunya, Kamelia.



Barangkali itulah kali pertama buat penduduk di situ melihat sendiri keletah Yus bersama Achong yang secara natural menggelikan hati sebelum artis-artis seperti Zarina AF, Hattan sendiri dan Ramli Sarip mengambil bahagian melontarkan alunan dan muzik mereka.
Selain Konsert Rakyat yang menjadi acara kemuncak karnival berkenaan, artis-artis yang bertandang ke Kampung Dadong juga terlibat dalam acara sukan rakyat termasuk berakit, pertandingan mengemping padi, menangkap ikan, perlawanan futsal serta klinik gitar.
Menurut penduduk tempatan, pesta mengemping ibarat acara tahunan yang ditunggu-tunggu para pesawah. Lebih menarik lagi, pesta itu juga menjadi medan kepada para pemuda kampung untuk mengintai calon isteri.
Tapi pada karnival yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Jumaat, 29 Julai itu, Karnival Emping 2011 sebaliknya bertujuan mendekati hati nurani rakyat serta menyeru agar saling bersatu hati dalam setiap corak kehidupan yang dilalui.
 
Kosmo! Online - Hiburan

Tuesday, 10 January 2012

Maybank2u android yang mudah

Beberapa bulan lepas Maybank ada mengeluarkan aplikasi perbankan mudah-alih atau phone banking. Appikasi ni khas untuk pengguna Android versi 2.2 keatas tak silap lah. Seronok gak lah, jadi senanglah nak transfer duit kat orang tersayang (tapi untuk favaorite 3rd party akaun jer), nak topup pun boleh, bayar bill dan banyak lagi lagi lah.. Jadik apelagi korang install jerk kat henpon Android korang, mudah jer.. ni websitenya Maybank2u Android. install percuma jer tapi kena online guna phone android untuk install lagi lg mudah.. Harap-harap korang menyukainya... :-)

Monday, 9 January 2012

My Entertainment














Atas ni adalah gambar-gambar ku bersama rakan-rakan seangkatan... kalau korang minat nak guna live band, karaoke ker untuk majlis korang, boleh lah roger aku bersama rakan-rakan ku ni.. Insyallah kitorang buat yang terbaik untuk majlis korang semua.. tak kiralah apa jenis majlis pun..

Boss Gt-8


Kepada peminat2 gitar sahaja, benda ni mesti korang kenal..Effect ni memang terbaik pernah gua guna... tak caya try la angkat satu...
macam-macam sound boleh dapat cuma kena rajin tweak la... Boleh dijadikan manual pedal atau sound yang diBANK kn..ala bukan susah pon manual boleh download kt website ni Boss Manual .. kalau nak lebih info search jer sini GT-8.. Effect ni dah tak kuar lagi la, ada pun 2nd pyer.. Skang dah ada GT-10 lak... tu lagi best dengan sistem Digital.. Boleh connect ke PC terus tu nak buat recording...

kalau korang dah pakai tapi perlu lagi maklumat tentang effect ni aku syorkan korang masuk ke forum ni Bossgtcentral.. kt sini korang boleh share atau cari maklumat dengan pengguna efek Boss ni serata dunia.. Dasyatt!! mcm2 tips yang kita tak tahu boleh jadik tahula kalau join forum ni... semoga korang success kt situ yer...

Mari belajar gitar klik panduanbelajargitar.com